Wednesday, October 26, 2011

Aku Rasa..

kalau dulu, sebut je nak pergi program, pergi daurah..
mesti aku liat and rasa reluctant gila nak spend duit nak travel.
kalau dulu, pantang kak naqibah ajak attend daurah,
Kompom aku ngelat
Macam2 alasan aku bagi.
walaupun hakikatnya takde halangan langsung, paling habis pon alasan yang aku bagi,
Banyak assignment nak buat.
padahal, bukan aku buat pun
Last2, memang 2 hari sebelum tarikh submit gak aku akan siapkan.

lately ni,
Aku rase terpanggil nak pergi mcm2 program,
entahlah..
aku rase mcm rugi pulak,
alang2 dah ade majlis ilmu,
tapi tak pegi.
lately ni, aku rase ape yg aku belanja selama ni,
sia2..
handbag yg byk2 tu, perfume, kasut,sume aku rase takde guna.
aku rasa mcm bazir je aku beli benda2 tu sume.
la ni aku tgh dilema.
either nak pegi daurah kat notts atau stay je kat rumah sebab nak attend birthday party.
kalau nak bandingkan gi daurah ng birthday pary, obviously la lagi befaedah gi daurah,
dalam hati aku nak pegi daurah, aku dah jadi tak pedulik dah dgn hrga tiket portsmouth -notts yg cecah sampai 50 pound tu, sebab
aku rasa, mcm lagi bazir duit kalau aku beli costume semata2 nk ikut tema birthday party tu.
tapi aku tau, aku belum kuat lagi kot nk tolak dunia ni.
walaupun dah sikit2 cuba menolak, tapi still magnet dunia tu lagi power, n berkesan nak tarik aku.
mungkin byk dosa, byk sgt cas2 negatif.
haihh.. la ni aku still tak decide whether to go for daurah or besday party.
aku just harap,
aku tak mati mase gi birthday party,
sesia hidup weh..

oklah. bye.

Wednesday, September 14, 2011

ciri2 calon suami yang saya mahu. (gulp!)

Assalamualaikum, tak taulah kenapa tiba2 nak cerita pasal benda ni. takpelah normal lah kan, manusia ni ade fitrah, ade nafsu, ade preferences sendiri dalam menentukan kebahagiaan hidup diri sendiri di dunia sampai la akhirat. :)

bila orang tanya ciri2 wanita pilihan atau calon suami pilihan. balik2 org akan cakap betanggungjawab lah..beriman la.. baiklah..

bagi saya lah kan, pada pendapat saya, kriteria yg sedemikian rupa tak perlu disebut pon dalam pra syarat tuk memilih suami, sebab bagi saya seseorg lelaki has to come in a package. bagi saya, beriman, baik, beragama tu semua pakej dan kualiti yg wajib ade bg seseorg lelaki. so bila org tanye saya ape ciri laki yg sy suke, sy jarang sebut nak laki beriman sebab bg sy bnde tu basic. semua org nak ciri tu.

lagipon ade ke org yg nak pasangan die tak baik? ade ke yg nak kawin dgn penagih dadah..pole dancers, kaki arak, org tak semayang? so tak yah mention la nak laki atau ppuan baik. jadikan bende tu sbg pakej yg dtg sekali dengan diri anda.

ok, ciri yg bakal sy sebut adalah yg optional. org lain mungkin tak rase bnde tu perlu, tapi ianya perlu bg saya:P

yang utama ialah, saya nak kahwin dengan lelaki NORMAL. apa yang diklasifikasikan normal di mata saya? ni lists nye.

1. pandai masak
2. tak kisah/capable utk bersihkan berak budak kecik. (aku geli)
3. pandai drive.
4. pandai kupas buah eg: kelapa dan durian (sebab sy suka air kelapa dan buah durian)
5. pandai lapah daging lembu (so that kalau ade korban kat kampung, die reti la nak pegi menolong-nolong, bukan tolong tgk je-skill bermasyarakat)
6. pandai bawak diri- bila dekat kampung, die jgn buat perangai bandar sgt, bile dekat bandar jangan buat perangai kampung sgt. paham2 lah ,contohnya:. kalau disuruh hidupkan api utk bakar lemang, die tahu mcm mana nak hidupkan api, kalau diajak makan kat hotel guna sudu dan garpu pon die kene tahu jugak segala ethicnye :)
7. saya suke music, saya nak die pandai main gitar atau piano. (boleh ke?)
8. ape lagi ye..hmm..haa..boleh basuh tandas dan bilik air, sebab saya ni penjijik sikit. alergik dgn benda kotor yang berasaskan air.
9.jangan pendek drpd saya.
10. saya ni tak lawa sgt, kalau boleh laki tu jgn hensem sgt, nanti inferior. die tak boleh lagi putih drpd saya,sebab kalau masuk gamba sy nmpk hodoh bile berdiri sebelah die. saya tak nak.

hmm tu je kot.. tapi ini tertakluk kepada pindaan qada' dan qadar.. kalau ditakdirkn sy dpt laki yg putih melepak mcm dafi..(urghh) terima je lah..

bai.. salam..

Thursday, September 8, 2011

cerita hantu merosakkan akidah

Masalah..masalah..masalah...


Assalamualaikum, saya peminat filem hantu, drama atau movie yg bergenre horror dan thriller, tapi ape perkara yang saya bimbangkan, bila sejak 2 menjak ni banyak sangat cerita hantu yang ada ura2 untuk menyampaikan mesej bahawasanya, berkawan, bercinta dan berhubungan baik dengan hantu ni tak salah. 

hantu ni baik, boleh tolong kita, tak salah kawan dengan hantu. Astaghfirullah..sedar tak benda ni boleh rosakkan akidah umat Islam..contohnya kat atas tu, filem hantu susu tu, cerita ni langsung takde motif. tak payah buat terus pun takpe. Dalam cerita ni ade 4 ekor hantu yang cantik2, masing2 ada boyfriend dikalangan manusia yang waras, dan saya yakin diorang melakonkan watak sebagai seorang lelaki Islam. kalau anda ada anak bujang, mahukah anda bermenantukan penanggal, pontianak dan hantu kum kum?


ni satu lagi, ponti anak remaja. Cerita ni paling merapu dan membazir je buat. pon lebih kurang sama, manusia biasa yang waras tapi becinta dengan pontianak. dalam cerita ni, si ponti tu bagi benefit mcm2 dekat kawan2 baru die. 

sedar tak korang cerita mcm ni sbnrnya sgt syirik cume dalam bentuk moden? kalau dulu2,org tua2 dulu, kawan dengan hantu, sebab nak dpt benefit itu ini, lebih kurang la mcm cerita si ponti ni, cume yg ni hantu moden dan mnjelma dalam bentuk liyana jasmay yang cantik, ini sbenarnya satu bentuk subliminal message yg cube merosakkan akidah org islam yang dah makin huru hara sekarang..
haih..mayday..mayday..


hah, ni satu lagi. tau pon takut awek ko pontianak. kenapa  citer2 mcm ni boleh wujud, byk lagi bende lain yang boleh diketengahkan..

bulan lepas puasa, seperti yg umat melayu malaysia sedia maklum, bulan puasa je setan hantu kene rantai, kat astro boleh plak ade iklan camni.. "setelah sebulan mereka dirantai, kini mereka kembali mengganas"

punye la astro nak sambut kepulangan hantu2 setan tu selepas sebulan berpuasa, astaghfirullah..jahanam..jahanam la malaysia..

psstt..byk je lagi cte lain. melambak cuma aku malas nak carik and dah tak ingat tajuk. babai




Sunday, August 21, 2011

Satu hari satu juzuk

22 ramadhan 143 hijrah.

assalamualaikum, melihat kepada tarikh di atas, supposedly aku dah sepatutnya masuk juz 22 atau pon 23, but unfortunately aku agak terlewat gara2, bulan mengambang hari tu. tapi takpe, skrg aku dah masuk gear 5, dari satu hari satu juzuk, aku buat satu hari cuba selesaikan 2 juzuk, alhamdulillah, dengan izin Allah, aku berjaya realisasikan aim aku untuk selesaikan 2 juzuk dalam 1 hari, kadang2 tu dpt habiskan 3 juzuk dlm 1 hari.

kalau sebelum ni, setiap satu hari aku aim satu juzuk, lepas habis setiap solat fardhu aku akan mengaji dalam 4 muka surat, since 1 juzuk ade 20 muka surat, dibahagikan dgn 5 kali waktu solat, maka mampulah utk aku selesaikan 1 juz satu hari.

tapi, kalau nk buat mcm ni, mmg takkan khatam la sampai hujung ramdhan ni, so aku terpaksa fikir strategi lain. utk mendapat 2 juzuk dalam 1 hari. caranya, lepas subuh, aku akan mengaji 10 muka surat, lepas zohor sambung lagi 10 muka surat, altogether dapat la 20 muka surat, bermakna selesai lah 1 juzuk, seterusnya aku buat perkara yg sama utk asar dan maghrib, so selesai lagi 1 juzuk, as for isyak, disebabkn lepas tu nak tarawikh, maka tak pat la aku ngaji, so tu psl hanya 2 juzuk je yg mampu aku sudah kan..

tapi semenjak dah makin penghujung ramadhan ni, sejak dah makin pahala melimpah2, aku dapat selesaikn 3 juzuk, cara yg sama jugak aku buat, cuma aku tambah period mengaji aku, kalau sebelum ni lepas isyak aku tak ngaji, tp skg ni aku akan ngaji lepas abis terawikh, dan aku tambah lagi satu waktu solat, iaitu selepas solat dhuha, aku akan ngaji jugak. alhmadulillah, dalam 1 hari aku mampu selesaikan 3 juzuk. syukur sgt.

sekarang ni aku masih dalam juzuk 21, walaupun harini dah 22 ramadhan, takpe, aku akan kejar jugak, aim aku nak kasi khatam 27 ramadhan. sebab.. maklumlah..hujung2 ramadhan bizi nak buat kuih ng rendang..

:P (aku manusia biase)

assalamualaikum..