Thursday, September 8, 2011

cerita hantu merosakkan akidah

Masalah..masalah..masalah...


Assalamualaikum, saya peminat filem hantu, drama atau movie yg bergenre horror dan thriller, tapi ape perkara yang saya bimbangkan, bila sejak 2 menjak ni banyak sangat cerita hantu yang ada ura2 untuk menyampaikan mesej bahawasanya, berkawan, bercinta dan berhubungan baik dengan hantu ni tak salah. 

hantu ni baik, boleh tolong kita, tak salah kawan dengan hantu. Astaghfirullah..sedar tak benda ni boleh rosakkan akidah umat Islam..contohnya kat atas tu, filem hantu susu tu, cerita ni langsung takde motif. tak payah buat terus pun takpe. Dalam cerita ni ade 4 ekor hantu yang cantik2, masing2 ada boyfriend dikalangan manusia yang waras, dan saya yakin diorang melakonkan watak sebagai seorang lelaki Islam. kalau anda ada anak bujang, mahukah anda bermenantukan penanggal, pontianak dan hantu kum kum?


ni satu lagi, ponti anak remaja. Cerita ni paling merapu dan membazir je buat. pon lebih kurang sama, manusia biasa yang waras tapi becinta dengan pontianak. dalam cerita ni, si ponti tu bagi benefit mcm2 dekat kawan2 baru die. 

sedar tak korang cerita mcm ni sbnrnya sgt syirik cume dalam bentuk moden? kalau dulu2,org tua2 dulu, kawan dengan hantu, sebab nak dpt benefit itu ini, lebih kurang la mcm cerita si ponti ni, cume yg ni hantu moden dan mnjelma dalam bentuk liyana jasmay yang cantik, ini sbenarnya satu bentuk subliminal message yg cube merosakkan akidah org islam yang dah makin huru hara sekarang..
haih..mayday..mayday..


hah, ni satu lagi. tau pon takut awek ko pontianak. kenapa  citer2 mcm ni boleh wujud, byk lagi bende lain yang boleh diketengahkan..

bulan lepas puasa, seperti yg umat melayu malaysia sedia maklum, bulan puasa je setan hantu kene rantai, kat astro boleh plak ade iklan camni.. "setelah sebulan mereka dirantai, kini mereka kembali mengganas"

punye la astro nak sambut kepulangan hantu2 setan tu selepas sebulan berpuasa, astaghfirullah..jahanam..jahanam la malaysia..

psstt..byk je lagi cte lain. melambak cuma aku malas nak carik and dah tak ingat tajuk. babai