Sunday, August 21, 2011

Satu hari satu juzuk

22 ramadhan 143 hijrah.

assalamualaikum, melihat kepada tarikh di atas, supposedly aku dah sepatutnya masuk juz 22 atau pon 23, but unfortunately aku agak terlewat gara2, bulan mengambang hari tu. tapi takpe, skrg aku dah masuk gear 5, dari satu hari satu juzuk, aku buat satu hari cuba selesaikan 2 juzuk, alhamdulillah, dengan izin Allah, aku berjaya realisasikan aim aku untuk selesaikan 2 juzuk dalam 1 hari, kadang2 tu dpt habiskan 3 juzuk dlm 1 hari.

kalau sebelum ni, setiap satu hari aku aim satu juzuk, lepas habis setiap solat fardhu aku akan mengaji dalam 4 muka surat, since 1 juzuk ade 20 muka surat, dibahagikan dgn 5 kali waktu solat, maka mampulah utk aku selesaikan 1 juz satu hari.

tapi, kalau nk buat mcm ni, mmg takkan khatam la sampai hujung ramdhan ni, so aku terpaksa fikir strategi lain. utk mendapat 2 juzuk dalam 1 hari. caranya, lepas subuh, aku akan mengaji 10 muka surat, lepas zohor sambung lagi 10 muka surat, altogether dapat la 20 muka surat, bermakna selesai lah 1 juzuk, seterusnya aku buat perkara yg sama utk asar dan maghrib, so selesai lagi 1 juzuk, as for isyak, disebabkn lepas tu nak tarawikh, maka tak pat la aku ngaji, so tu psl hanya 2 juzuk je yg mampu aku sudah kan..

tapi semenjak dah makin penghujung ramadhan ni, sejak dah makin pahala melimpah2, aku dapat selesaikn 3 juzuk, cara yg sama jugak aku buat, cuma aku tambah period mengaji aku, kalau sebelum ni lepas isyak aku tak ngaji, tp skg ni aku akan ngaji lepas abis terawikh, dan aku tambah lagi satu waktu solat, iaitu selepas solat dhuha, aku akan ngaji jugak. alhmadulillah, dalam 1 hari aku mampu selesaikan 3 juzuk. syukur sgt.

sekarang ni aku masih dalam juzuk 21, walaupun harini dah 22 ramadhan, takpe, aku akan kejar jugak, aim aku nak kasi khatam 27 ramadhan. sebab.. maklumlah..hujung2 ramadhan bizi nak buat kuih ng rendang..

:P (aku manusia biase)

assalamualaikum..

Friday, August 5, 2011

takde idea nak buat title ape.

salam.. hai

Lately ni rase macam lost. Lost dalam banyak hal. Rase macam hidup takde matlamat yang betul.
Aku tau, jadikan Allah sebagai matlamat, tapi aku macam dah a litlle bit off track. Tahla, orang ajak gi daurah and usrah kat area kabilah sendiri, bukan aku tak berminat, tapi paham2 je lah, kat rumah ni, aku bukan senang nak begerak, nak keluar rumah pun susah, mak ayah mmg payah sikit nak bagi aku join bende2 usrah ni.

lately ni, dunia lagi banyak menguasai jiwa daripada akhirat. kepala otak aku asyik pikir pasal duit, risau duit cukup ke tak, risau ade duit ke tak nak boxing day (???), risau cukup duit ke tak nk g travel (???) , asik buat kira2 kewangan, tapi aku takde satu sen pon allocation tuk infak pi tabung amal palestine ke, gaza ke, tabung masjid jamek porstmouth terdekat ke..memang takde..takde langsung.

sume yang aku pikir, pasal hidup duniawi aku je, kenapa hah?
Aku ade termakan bende haram ke? tah la..boleh jadi jugak kan.. duduk uk tu, aku takde la makan main bantai, aku tgk ingredient, ade vegetarian ke tak, tapi aku kadang2 dalam hati aku ade rase doubt kalau aku makan kat luar. makan kat restoran chinese ke, ape ke, memang la makan seafood, tapi..tapi..

takpelah, aku berazam taknak makan luar la senang cte lepas ni, terutama kedai yg takde tanda halal. lantaklah, makan kens pon, kens la, janji die mmg takde jual bende haram kat dalam kedai die tu. Astaghfirullah....